KELAS ICT- LAYARI LAMAN WEB PERPADUAN JPNIN
TARIKH: 10 DISEMBER 2024 (SELASA)
MASA: 10.00 PAGI -12.00 TENGAHARI
LOKASI: NADI KG BERKAT
PESERTA: 18 ORANG
TUJUAN: Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Memberi pengetahuan kepada peserta untuk mengisi maklumat berkaitan secara online. Meningkatkan kemahiran dan keyakinan dalam dunia digital.

LATIHAN KEUSAHAWANAN- BUSSINESS 101 KURSUS RANCANGAN PERNIAGAAN / E-INVOICE DAN PEMATUHAN PERNIAGAAN
TARIKH: 3 DISEMBER 2024 (SELASA)
MASA: 4.00 PETANG -5.00 PETANG
LOKASI: NADI KG BERKAT
PESERTA: 2 ORANG
TUJUAN: Tujuan kursus ini adalah untuk melatih dan mengajar peserta cara strategi memulakan perniagaan dan mengurus aktiviti jualan serta pemasaran untuk memenuhi sasaran serta mendedahkan peluang yang boleh dicapai melalui kuasa media.

STEM IOT: MATH GAMES (NUMBER WORM)
TARIKH: 6 DISEMBER 2024 (JUMAAT)
MASA: 4.00 PETANG -5.00 PETANG
LOKASI: NADI KG BERKAT
PESERTA: 14 ORANG
TUJUAN: Menarik minat peserta dengan bermain permainan STEM secara atas talian yang mana permainan tersebut lebih tertumpu kepada uji minda dan cara penyelesaian masalah yang melibatkan sains, teknologi dan matematik.

SOFTSKILL: RESUME
TARIKH: 22 DISEMBER 2024 (AHAD)
MASA: 4.00 PETANG -5.00 PETANG
LOKASI: NADI KG BERKAT
PESERTA: 1 ORANG
TUJUAN: Meningkatkan kemahiran peserta membuat resume, gambar passport resume serta menyimpan dan mencetak dokumen. Meningkatkan kemahiran dan keyakinan peserta dalam dunia digital.

LATIHAN KEUSAHAWANAN: REVOLUSI EMAS YAPEIM AR RAHNU
TARIKH: 3 DISEMBER 2024 (SELASA)
MASA: 10.00 PAGI -1.00 PETANG
LOKASI: NADI KG BERKAT
PESERTA: 27 ORANG
TUJUAN: bertujuan untuk memberikan penambahan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat umumnya dan para usahawan khususnya mengenai konsep, ciri-ciri dan manfaat dari pembiayaan Ar Rahnu berbanding kedai pajak gadai konvesional. kebaikan-kebaikan yang diperolehi oleh usahawan daripada skim-skim kewangan yang berteraskan Islam seterusnya lebih mendorong untuk lebih banyak aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sistem kewangan Islam serta memperkenalkan lebih banyak produk kewangan yang berteraskan Islam agar dapat memantapkan ekonomi negara secara keseluruhannya.

E-PEMBELAJARAN: CANVA MEMBUAT POSTER
TARIKH: 7 DISEMBER 2024 (SABTU)
MASA: 10.00 PAGI -12.00 TENGAHARI
LOKASI: NADI KG BERKAT
PESERTA: 8 ORANG
TUJUAN: Canva menyediakan banyak template menarik untuk menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran. Pelbagai template menarik dalam bentuk poster, memberi warna, gambar dan huruf supaya poster yang dibuat menarik. Tujuan kursus ini adalah untuk melatih dan membantu peserta membuat design grafik dengan lebih kreatif dan inovatif.
