mcmc
Maklumat NADI

MAKLUMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG BERKAT

 

Bermula pada penghujung tahun 2012, nama bagi Pusat Jalurlebar Komuniti atau lebih sinonim dengan PJK telah ditukarkan kepada nama baru yang lebih gah, iaitu Pusat Internet sesuai dengan hasrat Kerajaan untuk mendekatkan lagi pengetahuan ICT kepada semua kelompok masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama.

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. PEDi di bawah Bajet 2013  merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet  jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat  terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.Program ini akan dibiayai dari dana PPS  selama 3 tahun.Pelaksanaan adalah  secara berperingkat mulai tahun 2013.

Pemilihan lokasi PEDi adalah berdasarkan kepada tinjauan  dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan  kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.Perlantikan  pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan PEDi adalah melalui proses tender  terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia  (AKM 1998). Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar  berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan  IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak,  program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang  akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.

Penggunaan PEDi adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.Pengguna digalakkan untuk mendaftar  sebagai ahli PEDi bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan  dan perkhidmatan yang disediakan.Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program  latihan yang disediakan.Setiap  penggunaan komputer PEDi adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus  bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen  kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.

Bagaimanapun, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac 2024, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata, seiring nama baharu berkenaan, peranan kesemua 911 pusat Nadi atau PEDi sebelum ini di seluruh negara, termasuk 186 lagi yang akan diwujudkan sepanjang tahun ini, akan diperluas.“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membuat hebahan, termasuk menghubungi pengurus Nadi seluruh negara, untuk pastikan beberapa aspek penjenamaan dilakukan dengan tertib dan baik.

“Lebih daripada penjenamaan atau menamakan semula PEDi kepada Nadi, ada beberapa aktiviti yang akan direncanakan semula. Contohnya peningkatkatan pemahaman di peringkat komuniti mengenai program dan inisiatif kerajaan seperti AI untuk rakyat, selain menjadikan Nadi, pusat sebaran maklumat mengenai program, aktiviti, bantuan, usaha, serta senarai bantuan kerajaan,” katanya.

Fahmi berkata perencanaan semula PEDi kepada Nadi, termasuk tugas, tanggungjawab, aktiviti serta programnya itu merupakan hasil kaji selidik sepanjang tahun lepas, di mana antara dapatannya menunjukkan komuniti yang mengetahui dan hadir di PEDi sebelum ini, hanya mereka pada lingkungan dua ke tiga kilometer sahaja.“Jadi kita ambil hasrat perdana menteri, kita selaraskan berdasarkan hasil kaji selidik sepanjang 2023 untuk kita pastikan manfaat PEDi ini, dapat dirasai bukan hanya komuniti sekitar premis. Pihak MCMC dan kerajaan membelanjakan jumlah yang besar, jadi  lihat jumlah ini dimanfaatkan bukan hanya satu kampung atau satu taman, tetapi lebih luas.

Fahmi berkata pihak kementerian turut sedia membantu antara lain Kementerian Pendidikan, dalam meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan rakyat, terutama masalah penipuan dalam talian serta manfaat dan bahaya media sosial. Sementara itu, Mohamad Salim berkata MCMC mengambil peluang untuk membawakan Nadi di Pavilion Malaysia, sebagai contoh kepada dunia bagaimana program itu membantu memupuk dan memperkasakan rakyat Malaysia, khususnya di luar bandar, dalam meningkatkan kadar celik digital dan menambah baik status sosioekonomi mereka melalui keusahawanan, terutamanya sebagai usahawan dalam talian.

“Kami mahu mempamerkan Nadi untuk membolehkan orang ramai dalam industri mengetahui fungsinya. Fungsi Nadi iaitu kami menyediakan peluang kepada setiap individu luar bandar, separa luar bandar atau bandar, menjalankan perniagaan mereka dalam talian dan menjangkau ke bahagian lain di dunia