mcmc
Galeri

Pertandingan Merekacipta Poster Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Pertandingan Merekacipta Poster Dakwah Digital Klik Dengan Bijak:
Hadiah Utama = RM 5000,00
Termasuk Hadiah Mingguan!!
Tarikh tutup penyertaan sehingga 30 November 2016

Tema:
Tema 1: Sabar Sebelum Sedar (Perkongsian Maklumat Palsu)
Tema 2: Mana Adap (Penggunaan Berhemah)
Tema 3: Syurga Ekspress (Ekstremism @ Ajaran Sesat)
Tema 4: Permata Hatiku (Perlindungan Kanak2 Di Atas Talian)
Tema 5: Antara Pahala dan Dosa (Perkongsian Maklumat)
Tema 6: Menjauhkan Yang Dekat (Ketagihan Internet)

Syarat-Syarat Penyertaan dan Pertandingan:
1. Penyertaan dibuka kepada semua kategori (Terbuka)
2. Peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan karya digital mengikut kreativiti masing2 berdasarkan jenis2 media berikut:
a) Infografi
b) Typografi
c) Fotografi
d) Ilustrasi (Lukisan Tangan & Digital)
3. Menggunakan bahasa pengantara yang mudah difahami (Bahasa Melayu).
4. Hasil karya haruslah menghormati keharmonian masyarakat majmuk yang mana tidak menyentuh sensiviti masyarakat, agama, kaum dan budaya.
5. Hasil karya hanya dihadkan kepada 1 hasil mengikut setiap tema.
6. Hasil karya perlu dihantar kepada penganjur dalam bentuk JPEG & dimuat naik ke laman : www.dakwahdigitalkdb.my
7. Saiz dimensi karya yang perlu dihasilkan adalah seperti berikut:

saiz 11” x 17” (28cm x 43cm) (A3)
Resolusi : 150dpi
Orientasi :Potret
Format: JPEG
Maksima File upload: 1MB

8. Hasil karya yang dihantar perlu dinamakan dengan nama penuh peserta, diikuti dengan kategori penyertaan, dan tema contohnya;
( muhammad ahmad,umum,sabar sebelum sedar)
9. Tarikh tutup penyertaan bagi setiap tema adalah seperti berikut;
– Tema 1: 15 Sept 2016
– Tema 2: 30 Sept 2016
– Tema 3: 15 Okt 2016
– Tema 4: 30 Okt 2016
– Tema 5: 14 Nov 2016
– Tema 6: 29 Nov 2016

Sebarang pertanyaan berkenaan atau maklumat lanjut boleh layari laman www.dakwahdigitalkdb.my @ rujuk PI1M yang terdekat.

“Selamat Berkayra”