AFFILIATE TIKTOK
NAMA: KHAIRUAMISAH BINTI MAD SAID
UMUR: 44 TAHUN
ALAMAT: KEDAI NO 18, LORONG TMJ
NO TEL: 012-9579692
LATAR BELAKANG
Puan Anis merupakan seorang surirumah. Walaupun suri rumah, beliau juga seorang guru tuisyen dan peniaga ‘Affiliate tiktok’. Minat yang mendalam dalam perniagaan membuatkan Pn Anis terus tekad untuk berniaga affiliate tiktok tanpa mengira pelbagai halangan dan cabaran. Beliau menjual pelbagai jenis produk tiktok.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN NADI
Sebelum melibatkan diri dalam ICT yang diadakan di NADI KG Berkat, Puan Anis hanya menjalankan perniagaan melalui whatsapp dan secara offline. Sebelum penggunaan ict, Pn Anis hanya membuat pasaran melalui kenalan terdekat dan hebahan melalui jiran serta rakan-rakan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI KG. Berkat, beliau menyertai kelas Mahir foto musim pertama. Kini beliau menggunakan tiktok sendiri yang dapat mempromosikan kedai beliau. Beliau menggunakan kemudahan NADI untuk mempelajari cara mempromosi dan menghasilkan video untuk produk jualannya. Pn Anis mengikuti latihan cara mengambil gambar produk yang betul, memasukkan gambar dan video produk. Hasil daripada promosi melalui media sosial, pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah lebih rm100 sebulan.