Tarikh akhir bagi isi rumah B40 dan orang kurang upaya (OKU) mendaftar untuk mendapatkan dekoder myFreeview percuma berakhir 31 Mei ini.
Bagi yang belum menerima set dekoder tersebut adalah disaran untuk segera membuat pendaftaran melalui saluran yang disediakan.
Menerusi kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pemohon boleh menyemak kelayakan seterusnya mengisi borang butiran diri secara dalam talian.
Penghantaran dekoder melalui perkhidmatan kurier akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat mulai bulan Jun depan.
Inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dengan tambahan 300,000 unit dekoder bertujuan memastikan tiada golongan yang tercicir dalam mengakses informasi dan hiburan secara mudah, percuma dan berkualiti melalui penyiaran TV digital.
Sumber : Berita RTM